suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Gol Sendiri Spurs Beri Kemenangan Man United 1-0

Pemain Manchester United, Memphis Depay (dua, kanan) meraikan bersama penyerang Wayne Rooney (kanan) apabila pasukan itu memenangi perlawanan selepas pemain pertahanan Tottenham Hotspur, Kyle Walker (kiri) membuat kesilapan menjaringkan gol di gawang sendiri dalam perlawanan pembuka tirai Liga Perdana Inggeris di Old Trafford di Manchester, England. Foto AFP

MANCHESTER United membuka tirai perlawanan Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan 1-0 ke atas Tottenham Hotspur di Old Trafford pada malam Sabtu.

Gol tunggal itu hasil kesilapan pemain pertahanan Spurs, Kyle Walker yang membuat jaringan ke gawang sendiri pada separuh masa pertama.

Aksi drama bermula apabila Wayne Rooney menerima umpan silang dari sayap kanan yang diberikan Ashley Young.

Bagaimanapun, ia cuba dirampas oleh Walker namun secara tidak sengaja sepakannya membolosi gawang yang tidak dikawal rapi oleh penjaga gol Spurs, Michel Vorm.

Man United menguasai permainan kira-kira 50 peratus dengan hanya menciptakan tendangan tepat ke gawang dari sembilan percubaan manakala Spurs melepaskan empat tendangan tepat ke gawang dari sembilan percubaan.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain