suria

Man United Ikat Pedro Selepas Barcelona Bertemu Sevilla

MANCHESTER United sedia mengikat penyerang Barcelona, Pedro tetapi perlu menunggu sehingga kelab Sepanyol berkenaan selesai menentang Sevilla dalam saingan Piala Super Eropah.

Kelab gergasi England itu perlu menebus kontrak Pedro yang bernilai £22 juta untuk membawa pemain berkenaan ke Old Trafford.

Dengan perbelanjaan itu, ia akan menjadikan jumlah keseluruhan yang dikeluarkan United pada musim ini untuk mendapatkan pemain baru adalah sebanyak £100 juta.

Usaha untuk mengikat Pedro sedang giat dilakukan selepas United melepaskan Angel Di Maria ke Paris Saint-Germain (PSG) dengan yuran pemindahan sebanyak £45 juta.

Barcelona yang telah memiliki tiga penyerang seperti Neymar, Lionel Messi dan Suarez akan bertemu Sevilla pada Selasa depan.





Barcelona, Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Keputusan Liga Super 2015

Artikel Lain