suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tanpa Diego Costa, Mourinho Akui Bimbang

PENGENDALI Chelsea, Jose Mourinho mengakui bimbang dengan kecederaan Diego Costa yang masih belum sembuh ketika ini apabila Liga Perdana Inggeris (EPL) bakal membuka tirai pada Sabtu ini.

Barisan serangan Mourinho sebelum ini kelihatan tumpul apabila mereka gagal mendapatkan gol ketika tewas 1-0 kepada Arsenal dalam saingan Perisai Komuniti Ahad lalu.

Jurulatih kelahiran Portugal itu mendakwa terkejut apabila Costa masih belum pulih daripada kecederaan ketika Chelsea bakal berdepan Swansea di Stamford Bridge pada Sabtu ini.

Pada saingan liga musim lalu, Costa berjaya menjaringkan 20 gol untuk membantu Chelsea merangkul gelaran juara Liga Perdana Inggeris.

"Saya perlu berkata jujur bahawa terdapat sedikit kebimbangan ketika ini.

"Seorang pemain tidak dapat menamatkan musim lalu dan tidak dapat memulakan musim ini untuk membuatkan saya gembira.

"Satu kejutan untuk saya apabila dia tidak dapat bermain pada minggu lalu," katanya.

Chelsea, Mourinho

Artikel Lain