suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lima Penjaga Gol Rebut Posisi Kesebelasan Utama Man United

POSISI penjaga gol utama Manchester United kini menjadi perhatian menjelang aksi sulung Liga Perdana Inggeris pada Sabtu ini.

United yang akan bertemu Tottenham Hotspurs dalam perlawanan itu kini mempunyai lima penjaga gol dan tiga daripadanya merupakan antara yang berbaik dunia.

Mereka ialah David De Gea, Sergio Romero, Victor Valdes, Anders Lindegaard dan Sam Johnstones.

Bagaimanapun Daily Mail melaporkan, jurulatih kelab itu, Louis Van Gaal telah mengarahkan Lindegaard dan Valdes untuk mencari kelab baru sebelum akhir bulan ini.

Selain itu, pemain yang tidak gembira di United, De Gea masih menaruh harapan untuk ke Real Madrid sebelum jendela pemindahan pemain ditutup.

Begitupun, seorang dari kelima-lima mereka masih boleh mewakili United ketika perlawanan pembukaan pada Sabtu ini.

Perkara itu akan berlaku sekiranya mereka mendapat kepercayaan Van Gaal selepas melalui proses falsafah jurulatih kelahiran Belanda berkenaan.

Daily Mail mendakwa, setakat ini, Romero antara nama yang akan membarisi kesebelasan utama.

Hal ini kerana, De Gea telah mempamerkan aksi kurang meyakinkan ketika bertemu Paris Saint-Germain (PSG) dalam jelajah ke Amerika Syarikat sehingga terpaksa digantikan dengan Johnstone.

Manchester United

Artikel Sebelum

Artikel Lain