suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Angel Di Maria Intai Kejayaan Dalam Liga Juara-Juara

Angel Di Maria.

ANGEL Di Maria melahirkan rasa gembiranya kerana dapat menyertai Paris Saint-Germain (PSG) dan sudah pun mempunyai misi untuk mencatatkan kejayaan dalam Liga Juara-Juara menerusi pasukan baharunya.

Pemain kelahiran Argentina itu telah pun melengkapkan perpindahan bernilai £44.4 juta (RM265.43 juta) dari Manchester United.

Kelab Perancis itu telah memburu Di Maria pada musim panas dan pemain tersebut gembira dapat bermain semula dalam liga utama di Eropah.

Memberitahu BeIN Sports, Di Maria berkata: "Saya berasa amat gembira menyertai PSG. Apa yang saya tahu mengenai PSG ialah pasukan ini dapat merangkul semua trofi di Perancis pada musim lalu.

"Ini amat penting buat kelab. Saya juga tahu saya mahu mengatasi halangan pada suku akhir Liga Juara-Juara. Saya mahu memberikan yang terbaik dari segi kemampuan saya untuk berkhidmat buat pasukan baharu.

"Kami akan mencuba dan pergi sejauh yang mungkin dalam Liga Juara-Juara." - Daily Mail

Artikel Lain