suria

Rodgers Puji Kerja Keras Pemain Pilihan Malaysia

Kapten Liverpool (kiri) Jordon Hendersen dan Pilihan Malaysia, Mohd Razman bersama-sama menjulang plak selepas perlawanan persahabatan yang berakhir dengan keputusan seri 1-1. Foto: FAIHAN GHANI / The Star
KUALA LUMPUR: Pengurus Liverpool, Brendan Rodgers memuji aksi pemain-pemain Pilihan Malaysia selepas berjaya mengikat kedudukan seri 1-1 pada aksi persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil, Jumaat malam.


Rodgers yang pertama tiba di Malaysia mengakui cuaca di sini agak panas namun dapat menghadapinya dengan baik.

“Secara keseluruhannya saya berpuas hati dengan tempoh dua minggu menyertai jelajah ini. Kami telah melakukan usaha sebaik mungkin dan segalanya berjalan dengan lancar.

“Pasukan Malaysia bermain dengan baik. Mereka telah buktikan usaha itu dalam keadaan yang sukar. Mereka juga menjaringkan gol, bekerja keras seperti yang dijangkakan.

“Mereka memberi latihan yang baik kepada kami dalam persediaan awal musim ini,” jelasnya mengenai perlawanan tersebut.

"Mengenai jaringan tunggal yang dilakukan pemainnya, Jordon Ibe, Rodgers berkata, ia satu usaha yang menakjubkan.

“Dia membuktikan sudah bersedia untuk memulakan musim baharu nanti. Jaringan yang dilakukan juga cantik malah tahu untuk membuat penyudah yang sempurna.

“Manakala pemain-pemain lain juga turut memberikan aksi menarik serta bermain bersungguh- sungguh,” tambahnya.


Senarai Pemain 

PILIHAN MALAYSIA: Md Khairul Azhan Md Khalid, Thiago Junior De Aquino, Patrick Wleh, Vincent Bikana, Zah Rahan Krangar, Charles Sousa Chad, Mohd Razman Roslan (K), Muhammad Zubir Mohd Azmi, Joseph Kalang Tie, Azammuddin Mohd Akil, Mohamad Nasir Basharudin. 

LIVERPOOL: Nathaniel Clyne, Dejan Lovren,James Milner,Jordan Henderson (K), Alberto Moreno, Adam Lallana, Lucas Leive, Dovock Origi, Jordon Ibe, Adam Bogdan, Martin Skrtel

Artikel Lain