suria

Dollah Puji Aksi Pemain Muda

-foto THE STAR/S.S.Kanesan
KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih negara, Dollah Salleh memuji pemain muda dalam skuad Pilihan Malaysia yang menampilkan aksi cemerlang untuk mengikat kelab gergasi England, Liverpool, 1-1 dalam perlawanan persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam Jumaat.

Mengambil contoh penyerang skuad Harimau Muda B, S. Kumaahran, jurulatih berusia 51 tahun itu berkata pemain tersebut menampilkan persembahan terbaiknya biarpun diturunkan pada babak kedua perlawanan itu.

Oleh itu, katanya, aksi pemain itu memberi amaran kepada pemain senior supaya memberikan usaha yang lebih baik untuk memburu tempat dalam skuad negara bagi menghadapi baki perlawanan pusingan kelayakan Piala Asia 2009 yang turut menjadi pusingan kelayakan Piala Dunia 2018.

"Saya tidak menjangka pemain itu bermain dengan sungguh baik walaupun diturunkan pada babak kedua perlawanan. Bagi saya, semua pemain perlu berjuang untuk menempah tempat dalam skuad negara," katanya selepas perlawanan itu.

Dollah juga bangga dengan keputusan itu walaupun skuad itu mempunyai masa yang singkat untuk melakukan persiapan.

Sementara itu, pengurus Liverpool, Brendan Rodgers turut memuji skuad Pilihan Malaysia kerana memperagakan persembahan cemerlang menentang barisan mudanya.

Menurutnya, perlawanan tersebut akan menjadi medan terbaik untuk pemainnya berada pada tahap kecergasan yang tinggi sebelum bermula musim Liga Perdana Inggeris (EPL) 2015/2016.

"Saya sungguh berpuas hati dengan apa yang dilalui pada jelajah pramusim setakat setakat ini. Pasukan ruan rumah (Pilihan Malaysia) memberi saingan sengit pada babak pertama tetapi secara keseluruhan saya gembira dengan persiapan kami sebelum musim baharu EPL bermula," katanya
Dollah Salleh, Pilihan Malaysia

Artikel Sebelum

Wenger Belum Sedia Bersara

Artikel Lain