suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Fifa Umum Jadual Aksi Piala Dunia 2018, Piala Konfederasi 2017 Di Russia

SAINT PETERSBURG: Jadual aksi Piala Dunia 2018 dan Piala Konfederasi 2017 di Russia diumumkan Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) di sini.

Mengikut pengumuman itu, Stadium Kazan, Saint Petersburg, Sochi dan Spartak Moscow akan menjadi gelanggang bagi Piala Konfederasi selain empat saingan peringkat suku akhir Piala Dunia.

Selain itu, Stadium Luzhniki di Moscow akan menjadi gelanggang perlawanan pembukaan, peringkat separuh akhir dan final manakala Saint Petersburg menjadi gelanggang bagi satu lagi saingan separuh akhir.

Saingan bagi peringkat kumpulan bakal menyaksikan empat perlawanan diadakan di setiap semua 12 stadium di 11 bandaraya penganjur.

Arena Zenit di sini, akan menjadi gelanggang perlawanan akhir Piala Konfederasi pada 2 Julai 2017. - AFP

Piala Dunia 2018, Russia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Wenger Belum Sedia Bersara

Artikel Lain