suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

TMJ Dilantik Penaung Diraja PBNJ

KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah berkenan untuk melantik anakanda baginda, Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail sebagai Penaung Diraja Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) berkuatkuasa, Selasa.

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh Sultan Ibrahim menerusi laman Facebook rasmi Johor Southern Tigers (JST), yang sekali gus menyaksikan segala urusan berkaitan dengan persatuan bola negeri tersebut perlu dipersembahkan serta mendapat persetujuan daripada Tunku Ismail terlebih dahulu.

Sebelum ini, Tunku Ismail mengumumkan peletakan jawatan beliau selaku presiden persatuan dan pengumuman tersebut dilakukan oleh Setiausaha Kehormat PBNJ, Mohd. Fahmy Yahya menerusi akaun Facebook rasmi JST pada 12 Julai lalu.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Tunku Ismail diisi oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Datuk Ismail Karim.


TMJ, PBNJ, Penaung Diraja

Artikel Sebelum

Artikel Lain