suria

Johnson Raih Gelaran Kedua Major

Johnson meraih gelaran kedua Major sepanjang kerjayanya menerusi Terbuka British.

ST ANDREWS: Pemain golf Amerika Syarikat (AS) Zach Johnson meraih gelaran kedua Major sepanjang kariernya apabila menjuarai Terbuka British, awal pagi Rabu.

Johnson, 39 yang juga juara Masters pada 2007 menewaskan pemain Australia, Marc Leishman dan bintang golf Afrika Selatan, Louis Oosthuizen pada penentuan play-off empat lubang.

"Ia seperti tidak benar, apa pun saya bersyukur dan berbangga untuk menjadi sebahagian daripada sejarah permainan ini," kata Johnson.

Jordan Spieth, pemain yang disebut-sebut mampu meraih tiga gelaran Major berturut-turut dalam pada itu gagal melakukannya apabila terlepas satu pukulan untuk menyertai play-off.

Johnson, Oosthuizen dan Leishman kesemuanya menamatkan permainan dengan catatan 15 bawah par 273 selepas Johnson dan Leishman melakukan 66 dan Oosthuizen, 69 pada pusingan terakhir.

Keputusan memaksa perlawanan play-off dijalankan selepas kali terakhir terpaksa ditentukan menerusi cara sama pada 2009 apabila Stewart Cink menewaskan Tom Watson di Turnberry.

"Mengukir nama saya pada trofi bagaikan sesuatu yang kelihatan tidak benar," kata Johnson. - AFP

Zach Johnson, Major, Terbuka British

Artikel Berikut

Artikel Lain