suria

Mourinho 'Kagum' Gaji Menakjubkan Casillas Di Porto

Jose Mourinho

JOSE Mourinho menyatakan kekagumannya terhadap gaji yang diterima Iker Casillas di kelab baharu, Porto dan  menegaskan pasukan-pasukan kini sedang cuba untuk berdepan persekitaran peraturan 'Permainan Kewangan Adil'.


Pengurus Chelsea itu dilihat menyalakan semula persengketaannya dengan bekas penjaga gol Real Madrid itu, yang digugurkan daripada pasukan semasa dia bersama kelab itu.

Pemain berusia 34 tahun itu kemudiannya menyertai Porto awal bulan ini dan dilaporkan akan menerima gaji berjumlah £1.7 juta.

Mourinho juga mengkritik amaun yang dibayar Porto untuk pemain pertahanan Perancis, Giannelli Imbula.

Dalam satu temu bual dengan Guardian, dia berkata: "Musim ini Porto membayar €20 juta untuk Imbula, mereka membayar Casillas gaji yang menakjubkan. Lisbon bersikap terbuka membayar berjuta-juta untuk jurulatih dan pemain. Bola sepak mampu memecahkan setiap situasi."

Dia turut menyebut tentang perpindahan Raheem Sterling bernilai £4.9 juta dari Liverpool ke Manchester City.

Katanya: "Musim ini kita berkata: 'Oh, lihat jumlah untuk Sterling. Tetapi ia akan menjadi lebih teruk musim depan. Musim depan seseorang akan membayar £60 juta pula.

"Ia tidak mengejutkan saya. Saya gembira dengan cara yang kami gunakan dalam melakukan sesuatu. Saya gembira dengan cabaran menentang kuasa ini."

Pengurus  berusia 52 tahun itu juga menegaskan bahawa skuadnya yang tidak tidak berubah itu perlu dipertingkatkan kerana kelab-kelab pesaingnya berbelanja besar.]

"Ia adalah satu cabaran yang besar. Untuk menjadi lebih baik dengan orang yang sama, pemain perlu menjadi lebih baik secara individu berbanding tahun lepas," katanya.

"Oleh itu, apabila mereka berfikir: 'Oh musim lalu saya telah melakukan sesuatu yang hebat, musim ini, ia tidak mencukupi."
Porto, Iker Casillas, JOSE Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain