suria

Liverpool Tiba Di Malaysia Disambut Dengan Paluan Kompang

SHAH ALAM: Liverpool FC tiba di Malaysia pada malam Selasa dan disambut meriah oleh para penyokong setia mereka di Saujana Hotel Resort.

Para peminat teruja melihat secara dekat kapten Jordan Henderson termasuk Simon Mignolet, Martin Skrtel, Lucas Leiva dan Adam Lallana serta pemain yang baharu menyertai kelab itu, James Milner, Danny Ings dan Divock Origi.

Turut kelihatan ialah bekas pemain Liverpool, Robbie Fowler, Ian Rush, Luis Garcia dan Didi Hamann.

Ketibaan para pemain dan pegawai kelab itu diiringi dengan paluan kompang, dan diberikan kalungan bunga.

Kelab juara liga Inggeris sebanyak 18 kali dan juara lima kali dalam liga Eropah berkunjung ke Malaysia bagi mempamerkan aksi dalam perlawanan persahabatan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada Jumaat ini.

Perlawanan antara antara Malaysia XI dan Liverpool dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dipromosikan oleh ProEvents International.

Kelab itu juga akan membuat kemunculan di beberapa acara sepanjang minggu ini.

Ia merupakan kunjungan kedua Liverpool ke Malaysia.

Pada 2011, kelab Liga Perdana Inggeris itu menewaskan Malaysia dengan 6-3.


Liverpool FC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain