suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Padah Gigit Betis Lawan, Ciftci Digantung Enam Perlawanan

PEMAIN yang baharu diikat Celtic, Nadir Ciftci digantung enam perlawanan oleh Persatuan Bola Sepak Scottish (SFA) selepas didapati bersalah menggigit pemain lawan musim lalu di Dundee United.


Penyerang Turki 23 tahun itu dijatuhan hukuman gantung lapan perlawanan keseluruhannya (namun dua daripadanya tidak mempunyai bukti ) ke atas ‘kelakuan tidak munasabah’ selepas dia menggigit betis Jim McAlister ketika bermain untuk Dundee United bertemu Dundee Mei lalu.

“Hukuman tersebut dijatuhkan kerana menggigit betis pemain Dundee FC Jim McAlister sehingga cedera,” jelas kenyataan SFA.

Ciftci yang mengikat kontrak bersama Celtic awal bulan ini, menjaringkan dua gol dalam perlawanan tersebut dan tidak dikenakan sebarang tindakan di atas padang kerana pegawai-pegawai perlawanan tidak menyedari insiden tersebut berlaku.

Dia dijangka akan memulakan aksi pertama bersama Celtic pada 19 September ini bertemu Dundee.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain