suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Van Gaal Mahu Beli Dua Pemain Baru

LOUIS Van Gaal mendedahkan Manchester United akan mendapatkan sekurang-kuranganya dua lagi pemain sebelum jendela pemindahan ditutup.

United kini telah membelanjakan sejumlah besar dananya untuk mendapatkan Memphis Depay, Matteo Darmian, Morgan Schneiderlin dan Bastian Schweinsteiger.

Tetapi jurulatih kelahiran Belanda itu mendedahkan bahawa dia akan menguatkan lagi skuadnya dengan menambah dua pemain di posisi berbeza.

Ketika ditanya adakah dia berharap beberapa pemain baru lain akan menyertai kelab itu, jelasnya," saya berharap begitu. Tidak, kami belum berhenti lagi (mendapatkan pemain).

"Seperti yang saya katakan sebelum ini di banyak sidang media, kami mahukan keseimbangan dalam pemilihan pemain dan saya fikir kami masih perlukan dua posisi untuk menjadi lebih baik.

"Ia tidak mustahil. Tetapi kami mahukan pemain yang mampu berkhidmat untuk United."

Manchester United

Artikel Lain