Sterling Tinggalkan Liverpool Jika Rodgers Kekal Jurulatih - Sukan | mStar

Sterling Tinggalkan Liverpool Jika Rodgers Kekal Jurulatih

RAHEEM Sterling mendedahkan sebab utama dia ingin meninggalkan Liverpool adalah kerana mempunyai masalah dengan jurulatih pasukan itu, Brendan Rodgers.

Pemain muda England berusia 20 tahun itu tidak hadir dalam sesi latihan pada Rabu kerana didakwa sakit telah memberitahu enggan mengikuti skuadnya ke jelajah pramusim kerana Rodgers.

Sterling memberitahu akan meninggalkan Liverpool jika Rodgers kekal sebagai pengurus.

Pemain sayap itu mendedahkan perkara berkenaan selepas memperolehi sebanyak 2,000 mesej di telefon bimbitnya daripada penyokong Liverpool.

Penyokong menghantar mesej kemarahan mereka kepada Sterling selepas sebuah akhbar England mendedahkan nombor telefon pemain tersebut.

Sterling sepatutnya mengadakan perbincangan dengan Rodgers pada Rabu namun tidak hadir pada waktu ditetapkan.

Liverpool , Raheem Sterling

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Artikel Lain