suria

Wimbledon: Williams Singkir Azarenka, Mara Ke Separuh Akhir

Williams meraikan kemenangan ke atas Azarenka pada saingan suku akhir awal pagi Rabu.
PEMAIN No.1 dunia, Serena Williams meneruskan rentak cemerlang dengan menewaskan Victoria Azarenka 3-6 6-3 6-3 pada perlawanan suku akhir Wimbledon awal pagi Rabu.

Bagaimanapun kemenangan Williams itu bukan mudah selepas tewas pada set pertama.

Namun Williams tidak goyang dengan keputusan itu, sebaliknya bangkit memperbaiki corak permainan pada set kedua dan ketiga.

Williams dan Azarenka dikenali sebagai ‘pejuang yang garang’ malah kedua-dua mereka ini sentiasa dilihat tertekan jika berdepan dengan antara satu sama lain termasuk ketika dua aksi akhir akhir Terbuka Amerika Syarikat.

Bekas pemain no.1 dunia dari Belarus ini diletakkan sebagai pemain pilihan ke-23 kejohanan namun Azarenka dianggap sebagai pemain berbahaya  yang mampu membuatkan lawannya kecewa.

Williams dijadualkan bertemu dengan jaguh wanita Rusia, Maria Sharapova yang menewaskan Coco Vandeweghe 6-3 6-7 (3-7) 6-2 untuk berada dalam kelompok empat terbaik.

Serena Williams, Azarenka, Wimbledon

Artikel Lain