suria

Wimbledon: Jeritan Djokovic Buat Pengutip Bola Menangis

SAINGAN sengit merebut tempat ke suku akhir membuatkan Novak Djokovic hilang kawalan emosi apabila menjerit ke arah pengutip bola remaja perempuan pada aksi kemenangan 6-7(6) 6-7(6) 6-1 6-4 7-5  ke atas Kevin Anderson pada aksi pusingan keempat awal pagi Rabu.


Pemain No.1 dunia dari Serbia itu terpaksa berdepan dengan aksi kental pemain Afrika Selatan pada set terakhir selepas perlawanan ditangguhkan kerana masalah lampu di gelanggang.

Pada aksi awal sebelum ini, Djokovic tewas set pertama, namun kembali bangkit menyamai kedudukan mata 2-2 sebelum set penentuan bersambung.

Djokovic begitu tertekan dengan aksi pantas Anderson sehingga menjerit ke arah remaja perempuan itu ketika meminta tuala muka.

“Saya minta maaf. Jeritan itu tidak ada kaitan dengan dia.

“Mungkin dia takut apabila saya menjerit memandangkan ketika itu saya sebab saya berdekatan dengannya.

"Saya pasti akan berjumpa dengannya untuk meminta maaf jika saya ada melakukan kesalahan,” jelas Djokovic.

Pada aksi suku akhir nanti, Djokovic bakal bertemu pemain pilihan kesembilan kejohanan dari Croatia, Marin Cilic.

Djokovic, pusingan keempat

Artikel Lain