Sterling Enggan Terima Gaji RM5 Juta Seminggu, Tetap Mahu Pindah - Sukan | mStar

Sterling Enggan Terima Gaji RM5 Juta Seminggu, Tetap Mahu Pindah

LONDON: Penyerang Liverpool, Raheem Sterling kini turut menjadi buruan musuh tradisi, Manchester United ketika penyerang sensasi itu dilihat seperti hampir pasti mahu meninggalkan Anfield untuk menyertai kelab yang berentap dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Namun, perpindahan itu dikatakan agak mustahil kerana Liverpool enggan melepaskan pemain mereka kepada kelab seteru.

Status pemain berusia 20 tahun itu sehingga hari ini masih lagi menjadi tanda tanya.

Malah, menghangatkan lagi keadaan, ejen Sterling, Aidy Ward berkata penyerang tersebut tidak akan memperbaharui kontraknya dengan Liverpool walaupun ditawarkan gaji 900,000 pound (RM5.085 juta) seminggu untuk kekal di Anfield.

Ward yakin Manchester City atau Chelsea akan menjadi destinasi baru buat Sterling.

Kenyataan tersebut sekali gus menamatkan spekulasi bahawa pemain itu dikatakan akan berpindah ke Real Madrid, Barcelona atau Bayern Munich.

Rundingan mengenai kontrak baharu antara Sterling dengan The Reds gagal mencapai kata sepakat apabila pemain berkenaan menolak tawaran gaji sebanyak 100,000 pound (RM564,582) seminggu sebelum ini.

Sterling dilaporkan tekad untuk meninggalkan Anfield musim panas ini. 

Penyerang sensasi itu yang menjadi mangsa ejekan ketika anugerah tahunan Liverpool pada Rabu masih mempunyai baki kontrak dua tahun bersama Liverpool.

Memburukkan lagi keadaan, Liverpool menegaskan Sterling tidak akan dijual.

Artikel Sebelum

Jadual Liga Perdana Inggeris Ahad Ini

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

Artikel Lain