suria

Ferrari Perlu Lebih Masa Untuk Tandingi Mercedes - Vettel

PELUMBA Ferrari, Sebastian Vettel berpendapat pasukannya perlukan lebih masa untuk mencapai tahap yang sama seperti ditonjolkan Mercedes.

Musim ini, pasukan Scuderia dilihat berjaya mempamerkan  peningkatan prestasi yang ketara di grid perlumbaan.

Tahun lalu, pasukan Ferrari terpaksa bekerja keras untuk mendapat tempat di podium dan hanya berjaya pada dua perlumbaan sahaja, tetapi musim ini mereka lebih bersedia untuk memenangi perlumbaan.

Setakat ini, Vettel berjaya memenangi satu perlumbaan semasa di Grand Prix Malaysia dan berjaya mencapai tempat kedua dan ketiga pada perlumbaan lain.

Ia pasti akan mengambil masa sebelum pasukan Ferrari menjadi pencabar utama bagi merebut kejuaraan bagi menandingi pencapaian cemerlang Mercedes.

"Kami sedang cuba untuk menjadi pencabar utama Mercedes dengan memberi memberi tekanan kepada mereka, selain perlu bertindak cepat mungkin ketika mereka melakukan kesilapan.

"Pada masa sama, kami perlu pastikan tiada pasukan lain yang akan memintas kami," kata Vettel.

Pelumba itu juga mengakui Ferrari mencapai peningkatan prestasi pada musim sejuk dan masih perlu terus berusaha untuk menandingi Mercedes yang dianggap sebagai pasukan yang kuat.


Vettel, Ferrari, Grand Prix Malaysia

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain