suria

Arsenal Azam Beri Cabaran, Mahu Raih Gelaran Juara Musim Depan

Pemain Hull City, Jake Livermore (kiri) mencabar pemain Arsenal, Santi Cazorla dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris, malam Isnin. -foto EPA
SANTI Cazorla percaya corak permainan semasa Arsenal menunjukkan mereka perlu dipertimbangkan sebagai pencabar bagi meraih gelaran juara Liga Perdana musim depan.

Kemenangan 3-1 ke atas Hull, malam Isnin menyaksikan Arsenal kembali dalam ruang kemenangan selepas seri tanpa jaringan pada minggu lepas dalam pertemuan dengan juara musim ini Chelsea, namun mereka juga berada di landasan tepat untuk menduduki tempat kedua di belakang Chelsea.

Corak permainan yang dipamerkan menjadikan pasukan ini jelas dilihat sebagai pasukan pilihan yang untuk mempertahankan Piala FA menentang Aston Villa pada perlawanan akhir bulan ini.

"Sudah tentu kami mahu memenangi gelaran itu tahun depan, tetapi tempat kedua musim buat masa ini adalah perkara yang paling penting," kata Cazorla kepada Sky Sports 1.

"Kami mahu menyudahkan kedudukan kami di Liga Juara-Juara dan memenangi perlawanan akhir Piala FA."

Cazorla secara peribadi menunjukkan aksi cemerlang, membawa Arsenal ke hadapan dan membantu Aaron Ramsey untuk gol kedua.

"Saya sangat teruja apabila bermain dengan pasukan ini, tetapi perkara yang paling penting adalah kemenangan," katanya.

"Pasukan ini sedang berada dalam keadaan yang baik dan kami mahu mengekalkan tahap ini sehingga akhir musim."

Keputusan ini juga menyaksikan Arsenal melepasi 100 gol untuk musim ini dalam keseluruhan pertandingan, dan Hector Bellerin memuji kreativiti Arsene Wenger.

"Ia menunjukkan pasukan ini mempunyai kapasiti untuk menjaringkan gol, kita mempunyai kreativiti dan barisan pemain hadapan yang hebat," katanya.

"Tetapi pasukan ini juga baik dari segi pertahanan. Serangan bermula daripada penjaga gol kepada penyerang dan sebagai satu pasukan kita benar-benar kreatif."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain