suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Rekod Ferguson Sukar Ditandingi - Mourinho

PENGURUS Chelsea, Jose Mourinho menolak kemungkinan menyamai rekod Sir Alex Ferguson yang berjaya memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak 13 kali.

Pengurus yang menggelarkan dirinya 'The Special One' membimbing pasukan Chelsea untuk memenangi kejuaraan Liga yang ketiga di England selepas menundukkan Crystal Palace 1-0 hasil jaringan Eden Hazard.

Ferguson memenangi kejuaraan liga pertamanya pada umur 51 tahun pada musim 1992/93, manakala Mourinho pula memenangi kejuaraan liga ketiganya pada umur 52 tahun selepas berjaya memenangi kejuaraan tersebut pada musim 2004/05 dan 2005/06.

"Perjalanan saya masih panjang lagi tetapi Sir Alex telah meninggalkan satu rekod yang sukar untuk ditandingi oleh orang lain dan saya tidak mampu untuk memenangi 13 kejuaraan liga di England," kata Mourinho.

Pengurus kelahiran Portugal itu perlu memenangi lima kejuaraan liga untuk mencapai angka 13 kejuaraan setelah memenangi dua kejuaraan liga di Portugal bersama Porto, dua kejuaraan di Inter Milan, satu bersama Real Madrid, dan tiga kejuaraan liga bersama Chelsea.


Artikel Lain