suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pacquiao Lwn Mayweather Secara Langsung Di Astro Jam 9 Pagi 3 Mei

Pertarungan terhebat abad ini akan disiarkan secara langsung menerusi saluran Astro HBO HD. Ahad ini.

KUALA LUMPUR: Perlawanan tinju yang paling dinantikan pada abad ini di antara Manny Pacquiao dan Floyd Mayweather akan disiarkan secara langsung oleh Astro di saluran HBO HD 431 dan saluran 411, Ahad ini, 3 Mei, jam 9.00 pagi.

Para pelanggan Astro yang melanggan Movie pack Astro akan dapat menonton perlawanan ini tanpa sebarang caj tambahan.

Bagi para peminat tinju yang lain pula boleh melanggan Movie pack ini menerusi Astro Saluran 200.

Siaran ulangan akan siarkan pada hari yang sama jam 8.30 malam di saluran HBO HD 431/SD Saluran 411.

Satu lagi siaran ulangan akan ke udara pada Selasa, 5 Mei, jam 9 malamdi saluran HBO HD 431/ SD Saluran 411.

Menang atau kalah, Mayweather akan menerima bayaran royalti sebanyak AS$180 juta untuk perlawanan ini manakala Pacquiao pula bersetuju untuk menerima AS$120 juta. 


Manny Pacquiao, Floyd Mayweather

Artikel Lain