suria

AC Milan Bakal Pecat Jurulatih, Jual Kelab Kepada Jutawan Thailand

Filippo Inzaghi

ROME: AC Milan dilapor akan memecat jurulatih pasukan itu, Filippo Inzaghi dalam tempoh terdekat selepas skuad tersebut dimalukan Genoa 3-1 di San Siro pada Rabu.

Tindakan itu juga merupakan sebahagian daripada tindakan pemilik kelab berkenaan Silvio Berlusconi yang dilapor semakin hampir untuk menjual pasukan tersebut kepada jutawan dari Thailand, Bee Taechaubol.

Bekas pemain Itali berusia 41 tahun itu merupakan lagenda AC Milan selepas berjaya membantu skuad berkenaan menjuarai Serie A sebanyak tiga kali dan memungut Piala Liga Juara-Juara Eropah - dua kali.

Dia juga tampil sebagai wira AC Milan apabila menjaringkan gol ketika pasukan itu menewaskan Liverpool pada 2008 untuk menjuarai Liga Juara-Juara Eropah.

Bagaimanapun Inzaghi telah melalui tempoh sukar apabila dinaikkan pangkat sebagai jurulatih AC Milan pada musim ini kerana hanya mampu memenangi 10 perlawanan.

Pemecatan yang bakal dilakukan itu nanti akan mengakhiri hubungan Inzaghi dengan AC Milan sejak 16 tahun lalu.

"Milan berada di hati saya dan akan terus kekal di situ. Kita akan lihat apakah yang akan dilakukan oleh kelab pada Khamis.

"Saya tidak akan putus asa dalam karier ini, saya akan terus kekal begini kerana yakin mampu memberikan segalanya untuk pasukan ini. Bagaimanapun kelab perlu membuat keputusan," jelasnya.

Pemilik AC Milan, Berlusconi dilapor akan menjual sebahagian besar pegangannya bernilai AS$555 juta dalam tempoh terdekat.

Oleh itu, pemilik baharu pastikan mahukan nafas baru yang mampu melonjak semula kelab itu sebagai sebuah pasukan digeruni di Itali dan Eropah.

AC Milan

Artikel Berikut

Artikel Lain