suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Chong Wei Ketuai Cabaran Malaysia Ke Piala Sudirman

Frost (kiri) berbincang sesuatu dengan Chong Wei.

KUALA LUMPUR: Bekas pemain badminton nombor satu dunia Datuk Lee Chong Wei akan mengetuai cabaran Malaysia pada kejohanan Piala Sudirman di Dongguan, China, dari 10 hingga 17 Mei ini.    

Pengarah Teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Morten Frost Hansen berkata beliau gembira Chong  Wei dapat beraksi dalam kejohanan itu.

"Kami telah memilih Chong Wei sebagai ketua pasukan, dengan Tan Wee Kiong dan Vivian Hoo sebagai naib ketua pasukan," katanya kepada pemberita pada Selasa.

BAM membariskan pasukan 14 pemain bagi Piala Sudirman.

Chong Wei dan Cheam June Wei (pemain pelapis) disenaraikan bagi perseorangan lelaki manakala Tee Jing Yi dan Lim Yin Fun (pemain pelapis) bagi acara perseorangan wanita. 

Bagi pasukan beregu pula terdiri daripada Tan Wee Kiong, Goh V Shem dan Mak Hee Chun (pemain pelapis) dan Vivian Hoo, Woon Khe Wei dan Amelia Anscelly (pemain pelapis).

Beregu campuran membariskan Chan Peng Soon/Goh Liu Ying dan Wong Fai Yin/Chow Mei Kuan untuk kejohanan itu.

Frost berkata BAM telah memilih pasukan yang lebih mantap bagi Piala Sudirman.

Mengulas berhubung pemilihan pemain muda, beliau berkata June Wei dan Yin Fun telah menunjukkan prestasi cemerlang semasa latihan dan semasa proses pemilihan.

"Kami telah dan perlu mula menampilkan pemain muda dan pemain baharu dalam pertandingan. Adalah penting untuk memberi peluang kepada mereka beraksi dalam kejohanan lebih besar. Malah jika mereka tidak beraksi pun, mereka masih sebahagian daripada pasukan," katanya.

Bagi Piala Sudirman, Malaysia telah diundi dalam Kumpulan 1D bersama-sama juara tiga kali Korea Selatan dan India.

"Kami perlu sekurang-kurangnya mengalahkan India dalam pusingan kumpulan untuk mara ke suku akhir," kata Frost.   

Hendrawan dan Jeremy Gan ialah jurulatih Piala Sudirman manakala kem latihan pusat akan diadakan tiga hari dari 3 Mei.

Morten Frost, BAM, Lee Chong Wei

Artikel Lain