suria

Tiket Liverpool Menentang Malaysia XI Mula Dijual

Ketua Pegawai Eksekutif ProEvents Julian Kam (kiri) bersama Penolong Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) (tengah) dan Pengarah Urusan ProEvents Antarabangsa San Boon Wah menunjukkan replika tiket pada sidang media jualan tiket perlawanan antara Liverpool FC menentang Malaysia hari ini. Liverpool FC bakal kembali ke Malaysia buat kali kedua pada 24 Julai ini sempena jelajah pra-musim di Stadium Nasional Bukit Jalil. Tiket dijual pada harga serendah RM88 sehingga RM428.

PETALING JAYA: Tiket perlawanan persahabatan antara Malaysia XI dan pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL), Liverpool, di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini, pada 24 Julai ini, mula dijual, Sabtu.

Harga tiket perlawanan bermula daripada RM88, RM158, RM228 dan harga tiket VIP berharga RM328 dan RM428 boleh dibeli dalam talian menerusi laman web rasmi http://www.ticketpro.com.my/jnp/sports/football/1587891-Liverpool-FC.html.

Ketua Pegawai Eksekutif, ProEvents International Sdn. Bhd., Julian Kam ketika melancarkan penjualan tiket di sini, Sabtu berkata pihaknya berharap untuk mengulangi pencapaian kehadiran 85,000 penonton di stadium sama semasa kunjungan pasukan itu pada 2011.

Perlawanan persahabatan itu dianjurkan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dan dipromosikan oleh ProEvents.-- Bernama

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain