suria

Nasib Martin Skrtel Di Liverpool Jadi Tanda Tanya

Martin Skrtel.

NASIB Martin Skrtel di Liverpool menjadi tanda tanya kerana pemain pertahanan kelab itu masih belum ditawarkan kontrak baharu.

Pemain kelahiran Slovakia berusia 30 tahun itu disebut-sebut mengikut jejak Jordan Henderson dalam memberikan komitmen kepada Liverpool.

Bagaimanapun, laporan Mirror Sport mendedahkan bahawa Skrtel kini bingung berhubung kedudukannya dalam pasukan itu yang hanya mempunyai baki setahun lagi dalam kontraknya ketika ini.

Liverpool dikatakan masih tidak mengadakan rundingan terbuka bersamanya mengenai sebarang tawaran kontrak.

Pendedahan itu dilihat bercanggah dengan laporan bahawa kedua-dua pihak sedang memuktamadkan perjanjian baharu.

Skrtel dikatakan merupakan pemain pertahanan terbaik buat Liveroool pada musim ini.

Beliau juga dikatakan memberi isyarat bersedia untuk meneruskan masa depannya bersama Anfield walaupun diintai oleh kelab Napoli dari Itali dan Wolfsburg dari Jerman.

Skrtel baru-baru ini berkata: Saya tidak pergi ke mana-mana. Bukan ke Wolfsburg atau Napoli."

Beliau masih kekal bersama Liverpool sejak perpindahannnya bernilai £6.5 juta dari Zenit pada Januari 2008.

Mengenai Jordan Henderon, dilaporkan Liverpool mengesahkan bahawa pemain tengahnya itu telah menandatangani kontrak baharu dengan kelab berkenaan. - MIRROR

Martin Skrtel, Liverpool

Artikel Sebelum

Artikel Lain