suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Piala AFF Suzuki: Penyokong Vietnam Yakin Malaysia Tewas 2-0

SHAH ALAM:  Penyokong tegar pasukan Vietnam yakin negaranya mampu menewaskan skuad Harimau Malaya pada aksi separuh akhir pertama di Stadium Shah Alam, Ahad malam.

Salah seorang daripada mereka, Ha Van Diep, 24, meramalkan pasukan kesayangan mereka bakal menang dengan keputusan 2-0.

"Malaysia memang kuat, tetapi Vietnam lagi kuat. Kami yakin akan menang 2-0 untuk dibawa pulang.

"Saya memang mengambil cuti hari ini semata-mata nak tengok perlawanan ini, kerana Vietnam akan menwaskan Malaysia," jelanya yang sudah empat tahun bekerja di Malaysia.

Van Diep memberitahu, dia dan rakan-rakan sanggup beratur panjang demi mendapatkan tiket perlawana penting itu.

"Saya beli tiket pada Jumaat lalu dan terpaksa beratur sehingga tengah hari.

"Kalau Vietnam menang di sini, saya akan balik sana untuk lihat perlawanan kedua nanti," tambahnya.

Meskipun ghairah untuk melihat skuad Vietnam menang namun Van Diep dan rakan-rakan kagum terhadap penyokong pasukan tuan rumah yang menghormati penyokong lawan dengan tidak melakukan provokasi kepada kumpulan kecil itu.

Malaysia, Vietnam, Piala AFF Suzuki

Artikel Lain