United Kekal Rentak Kemenangan, Atasi Stoke 2-1 - Sukan | mStar

United Kekal Rentak Kemenangan, Atasi Stoke 2-1

Fellaini menjaringkan gol pertama United pada minit ke-21.
MANCHESTER United memenangi perlawanan keempat mereka dengan penuh bergaya buat kali kedua sejak pemergian Sir Alex Ferguson selepas berkerja keras mengatasi Stoke City 2-1 pada aksi Liga Perdana Inggeris, awal pagi Rabu.

Marouane Fellaini menjaringkan gol pertama United dengan merembat masuk hantaran Ander Herrera pada minit ke-21. 

Ia merupakan gol pertamanya di Old Trafford.

Namun, pasukan lawan bangkit dengan menyamakan kedudukan menerusi gol Steven N'Zonzi, 18 minit kemudian.

Nasib terus menyebelahi United apabila tendangan percuma yang disempurnakan Juan Mata menggegar gawang lawan pada minit ke-59.

Mata (kanan) meraikan jaringannya bersama rakan pasukan.

Jaringan tersebut meletakkan United terus didepan tetapi penjaga gawang United, David De Gea terus diuji pemain lawan.

De Gea berjaya menampan dua percubaan cantik pemain Stoke City dan keputusan tersebut kekal sehingga tamat permainan.

Pada perlawanan itu, United beraksi tanpa kelibat pemain bintangnya, Wayne Rooney yang masih belum pulih akibat kecederaan selepas dikasari pemain Hull City, Sabtu lalu.

Kemenangan itu meletakkan United kekal di kelompok empat pasukan teratas dengan mengumpul 25 mata daripada 14 perlawanan, ketinggalan lapan mata dibelakang pendahulu liga, Chelsea.


Barisan pemain:

MANCHESTER UNITED: De Gea, Valencia, Smalling, Rojo, Young, Herrera, Fellaini, Carrick, Mata, van Persie, Wilson. Pemain simpanan: Lindegaard, Blackett, McNair, Fletcher, Januzaj, Falcao, W.Keane.

STOKE CITY: Begovic; Bardsley, Shawcross, Wilson, Pieters; Cameron, Nzonzi; Ireland, Bojan, Assaidi; Diouf. Pemain simpanan: Butland; Muniesa, Palacios, Arnautovic, Adam, Crouch, Shenton.


Artikel Sebelum

Keputusan Coppa Italia

Artikel Berikut

Keputusan Liga Perdana Inggeris

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain