suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlawanan Malaysia-Vietnam Mula 8 Malam, Ahad Ini

PETALING JAYA: Perlawanan separuh akhir pertama Piala AFF Suzuki 2014 antara Malaysia dan Vietnam di Stadium Shah Alam, Ahad ini, akan bermula pukul 8 malam dan bukan 8.45 malam seperti kebiasaan di negara ini.

Persekutuan Bola Sepak Asean (AFF), selaku penganjur kejohanan, berkata waktu perlawanan ditetapkan bagi memberi laluan kepada kehendak siaran televisyen luar negara.

Setiausaha Agungnya, Datuk Azzuddin Ahmad berkata kejohanan tersebut merupakan perlawanan antarabangsa dan Malaysia, selaku tuan rumah separuh akhir, perlu mematuhi jadual yang dipersetujui oleh semua pihak.

"Kita tidak boleh mengubah  waktu tersebut kerana ianya bakal menimbulkan masalah seperti waktu siaran stesen televisyen luar negara," katanya pada sidang media di Wisma FAM di Kelana Jaya, dekat sini Selasa.

Sebelum itu, beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa Pengelola Separuh Akhir Pertama Piala AFF Suzuki 2014 di sini.

Azzuddin berkata, stesen penyiaran luar negara telah menetapkan waktu siaran masing-masing dan telah menempah satelit untuk siaran langsung dan ia tidak boleh diubah.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain