PEMAIN Real Madrid menerima kereta baharu setiap seorang, yang ditaja oleh Audi, penaja utama kelab bola sepak itu.
Setiap tahun menyaksikan para pemain pasukan itu membawa pulang sebuat kereta Audi pilihan mereka, dan pemain yang tangkas beraksi di padang, Cristiano Ronaldo memilih model yang paling pantas.
Ronaldo memilih kereta Audi model baharu S8 dengan 520 kuasa kuda.
Pilihan yang paling popular di kalangan pemain Real Madrid adalah Q7, model yang lebih besar iaitu sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV).
Gareth Bale, James Rodriguez dan Javier Hernandez merupakan antara bintang kelab bola sepak itu yang memilih model berkenaan, dengan 245 kuasa kuda dan enjin TDI 3 liter.
Raphael Varane, Dani Carvajal dan Alvaro Arbeloa pula tertarik dengan model sporty SQ5, yang mempamerkan enjin diesel turbo berkembar dan 313 kuasa kuda.
Berikut adalah model kereta audi pilihan pemain-pemain Real Madrid:
1. Cristiano Ronaldo – Audi S8 4.0
2. Gareth Bale – Audi Q7 3.0 TDI
3. James Rodríguez - Audi Q7 3.0 TDI
4. Iker Casillas – Audi Q7 3.0 TDI
5. Sergio Ramos – Audi S8
6. Karim Benzema - Audi Q5 3.0 TDI
7. Toni Kroos – Audi S7 Sportback
8. Keylor Navas – Audi Q7 3.0 TDI
9. Javier Hernández – Audi Q7 3.0 TDI
10. Marcelo – Audi Q7 3.0 TDI
11. Pepe – Audi Q7 3.0 TDI
12. Luka Modric – Audi Q7 3.0 TDI
13. Isco – Audi Q7 3.0 TDI
14. Sami Khedira – Audi Q7 3.0 TDI
15. Raphael Varane – Audi SQ5 3.0 TDI
16. Jesé Rodríguez – Audi A5 Sportback 3.0 TDI
17. Nacho Fernández – Audi Q7 3.0 TDI
18. Dani Carvajal – Audi SQ5 3.0 TDI
19. Álvaro Arbeloa – Audi SQ5 3.0 TDI
20. Fabio Coentrao – Audi Q7 3.0 TDI
21. Asier Illarramendi – Audi S3 2.0
22. Dani Pacheco – Audi S3 2.0
23. Carlo Ancelotti – Audi A8 3.0 TDI


