Sukan Berbasikal: Firdaus Bakal Jadi Saingan Skuad Elit Negara - Sukan | mStar

Sukan Berbasikal: Firdaus Bakal Jadi Saingan Skuad Elit Negara

PETALING JAYA: Mohd Firdaus Mohd Zonis dilihat bakal menjadi saingan utama skuad elit berbasikal negara dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Namanya menjadi sebutan peminat-peminat berbasikal tanah air selepas mencatat rekod dua kali iaitu kejayaan 'treble' dalam ujian masa 1 kilometer, pecut dan keirin pada Kejuaraan Remaja Asia di New Delhi (2013) dan di Kazakhstan tahun ini.

Rekod tersebut merupakan pencapaian pertama pelumba negara yang mencatat 'treble' di peringkat remaja.

Dan selepas itu, dia tidak pandang ke belakang lagi untuk terus mempamerkan bakatnya dengan meraih pingat gangsa ketika aksi Kejuaraan Trek Remaja Dunia di Gwangmyeong, Korea Selatan pada Ogos lalu.

"Dia merupakan atlet terbaik di sekolahnya ketika Darjah 6 dan turut aktif dalam semua acara sukan lain.

Firdaus menerima anugerah Atlet Terbaik Selangor pada Mac lalu.


"Firdaus mula berbasikal ketika berusia 12 tahun," jelas bapanya Mohd Zonis Mokhtar.

"Selepas itu saya membuat keputusan menghantarnya berlatih bersama pasukan Selangor di bawah bimbingan jurulatih Yafiz Jamaluddin.

"Saya tidak mahu dia terlibat dengan aktiviti-aktiviti yang tidak sihat.

"Dia menerima keputusan saya itu dan menunjukkan minat yang baik," katanya yang mengendalikan sebuah kedai runcit di Bukit Kerayong, Kuala Selangor.

Selepas itu Firdaus dimasukkan ke sebuah sekolah sukan terkenal, SMK Seksyen 11, Shah Alam.

Pada usia 16 tahun, dia menjadi perhatian jurulatih kebangsaan Mahazir Hamad sekaligus memanggilnya untuk menyertai pasukan pelapis negara

Ramai yang beranggapan Firdaus akan bersama pelumba-pelumba elit negara seperti Josiah Ng dan Azizulhasni Awang di Melbourne ketika meraih kejayaan pada tahun 2013, namun ketua jurulatih negara John Beasley menolak cadangan itu.

Jurulatih kelahiran Australia itu ada perancangan yang lebih baik buat Firdaus yang mahu melihat pelumba muda ini beraksi di Kejohanan Trek Remaja Dunia di Glasgow terlebih dahulu.

Dan keputusan itu berbaloi apabila Firdaus meraih gangsa pada kejohanan tersebut.

"Kamu tidak boleh terus memasukkan atlet muda ke pasukan elit. Biarkan dia membuktikan kemampuan terlebih dahulu," jelas Beastley.

Selepas itu, Beasley memasukkan nama Firdaus dalam pasukan elit, dan kini pelumba berusia 18 tahun itu dalam persiapan mengharungi cabaran lebih tinggi.

"Cabaran semakin besar namun saya bersedia menghadapinya. Perjalanan masih jauh dan saya perlu berusaha degan lebih gigih untuk mencapai kejayaan," jelas Firdaus.




Profil:

Nama:
Mohd Firdaus Mohd Zonis

Umur:
18 tahun

Tarikh lahir:
9 Mac 1996

Tempat lahir:
Kuala Selangor, SelangorKeluarga: Mohd Zonis Mokhtar (bapa), Zanariah Mohd Basir (ibu), Mohd Faiz (21), Mohd Fadhli (17), Mohd Adam (11).

Jurulatih:
Yafiz Jamaluddin (Selangor), Mahazir hamad (jurulatih remaja kebangsaan), (Junaidi Nasir (jurulatih kebangsaan), Suod Hussain (jurulatih kebangsaan)

Pencapaian:
2013: Pingat emas ujian masa 1km, pecut dan keirin Kejuaraaan Remaja Asia, New Delhi
2014: pingat emas ujian masa 1km, pecut dan keirin Kejuaraaan Remaja Asia-pingat gangsa ujian masa 1km  Kejohanan Trek Remaja Dunia, korea Selatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

PSG Mahukan Angel Di Maria

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain