Mohd Azlan Buru Dua Emas Sukan Para Asia - Sukan | mStar

Mohd Azlan Buru Dua Emas Sukan Para Asia

Mohd Azlan menjalani latihan untuk memastikan dapat membawa pulang emas Sukan Para Asia 2014.
INCHEON: Cuaca sejuk tidak menghalang atlet olahraga kebangsaan, Mohd Azlan Mohd Lazim untuk meneruskan hasrat merebut dua pingat emas pada Sukan Para Asia 2014.


Mohd Azlan, 24, peserta tiga acara larian kategori T36 bagi 100m, 200m dan 400m, menyasarkan kilauan emas bagi acara 200m dan 400m.

"Saya sekarang berada pada ranking nombor satu Asia bagi kategori T36... saya yakin saya mampu atasi atlet negara lain. Dari segi persediaan, saya berlatih sejak empat tahun lepas.

"Cuma sekarang kena biasakan diri dengan cuaca sejuk di Incheon," katanya kepada Bernama semasa sesi latihan di Stadium Utama Sukan Para Asia 2014 di sini.

Kontinjen Malaysia dengan kekuatan 199 atlet dan pegawai menyertai 15 acara pada temasya itu yang berlangsung dari 18 hingga 24 Oktober.

Mohd Azlan bertekad mencipta rekod peribadi baharu walaupun cedera ringan pada bahagian belakang.

"Tapi tak ada masalah nak teruskan perlawanan cuma doktor nasihatkan saya supaya jalani latihan ringan sahaja," kata atlet itu yang meraih emas melalui acara 100m dan 200m pada Sukan Para Asean 2014 di Nyapyitaw, Myanmar.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

Artikel Lain