Kalau Ada £1 Bilion Boleh Beli Tottenham - Sukan | mStar

Kalau Ada £1 Bilion Boleh Beli Tottenham

Gambaran artis stadium baru kelab Tottenham Hotspur yang akan mula dibina musim depan. Foto: Tottenham FC

PEMEGANG saham utama kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspurs, Joe Lewis dikatakan bersedia untuk menjual kelab itu pada harga £1 bilion.

Portal berita Britain, Mirror Sport melaporkan usahawan berusia 77 tahun itu sudah bersedia untuk memungut semula pelaburannya selama bertahun-tahun bersama kelab itu.

Bagaimanapun, jika ada pembeli, pemilik baru itu bukan sahaja perlu melaburkan £1 bilion untuk menguasai saham majoriti malah dia perlu juga menanggung kos pembinaan stadium baru kelab yang dianggarkan bernilai £400 juta.

Spurs kini di peringkat akhir rundingan dengan pihak berkuasa tempatan untuk memulakan pembinaan stadium baru mereka yang apabila siap kelak mampu menampung 56,250 penonton.

Lewis membeli saham majoriti kelab berkenaan dari tangan pemilik asalnya, Alan Sugar pada 2001 hanya pada harga £22 juta.

Tottenham , Joe Lewis , Mirror Sport

Artikel Sebelum

City Pindah Ke Kompleks Latihan Baru Oktober Ini

Artikel Berikut

Pesawat Untuk Pemain Bola Sepak Jutawan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

Artikel Lain