suria

Pesawat Untuk Pemain Bola Sepak Jutawan

Pesawat untuk pemain bola sepak elit.

MENURUT syarikat pengembaraan dan teknologi Teague, imej-imej yang dipaparkan ini tidak lama lagi akan menjadi realiti bagi membantu pasukan bola sepak mengembara ke seluruh dunia dengan gaya mewah. 

Pemain-pemain Brazil dilihat terbang sehingga 8,000 batu di udara semasa cuti selama dua minggu, tetapi kebimbangan pengurus kelab adalah mengenai kesan kepada penerbangan yang sukar buat mereka selepas menempuhi perlawanan sebelum itu.

Ruang dalaman pesawat untuk pemain bola sepak.

Dengan kerjasama Nike, Teague mengemukakan satu idea revolusi bagi membantu para atlit mengekalkan prestasi dengan membuat rekaan dalaman sebuah pesawat baharu.

Para pemain boleh berehat dan memulihkan diri selepas pulang dari permainan dengan tempat duduk baring-rata yang bersesuaian dengan para atlet, dan ruang lengan yang selesa untuk merehatkan otot-otot sepanjang penerbangan.

Pemain boleh merehatkan diri selepas penat bermain di padang.

Ujian dan analisis biometrik turut boleh didapati sepanjang penerbangan.

Kerusi yang boleh dibaringkan secara rata direka sesuai untuk golongan atlet.

Terdapat bilik yang turut mempunyai tingkap untuk melihat pemandangan di luar.

Terdapat ruang untuk para pemain menerima urutan semasa penerbangan.

Malangnya, ia tidak direka sebelum pasukan England terbang ke Brazil untuk Piala Dunia. - eurosport


bola sepak jutawan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain