Sukan Komanwel: MOM Umum Pengganti Bawa Bendera Jalur Gemilang Isnin - Sukan | mStar

Sukan Komanwel: MOM Umum Pengganti Bawa Bendera Jalur Gemilang Isnin

Sieh Kok Chi
Sieh Kok Chi.

KUALA LUMPUR: Calon atlet yang akan menggantikan Datuk Lee Chong Wei sebagai pembawa bendera Jalur Gemilang di temasya Sukan Komanwel 2014 di Glasgow, Scotland, akan diketahui Isnin ini.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, pihaknya masih menunggu maklumat rasmi daripada Majlis Sukan Negara (MSN) dan Institut Sukan Negara (ISN) sebelum membuat sebarang keputusan.

"Kita belum lagi buat keputusan dan masih lagi menunggu makluman rasmi daripada MSN dan ISN mengenai status Chong Wei.

"Kita mempunyai atlet lain seperti Azizulhasni Awang dan Josiah Ng daripada sukan berbasikal sebagai pengganti Chong Wei, kalau sudah ada nama pengganti, kita akan umumkan secepat mungkin," katanya ketika dihubungi Bernama pada Sabtu.

Media tempatan pada Sabtu melaporkan Chong Wei terpaksa menarik diri daripada Sukan Komanwel, yang bermula 23 Julai hingga 3 Ogos ini, berikutan kecederaan pangkal peha ketika beraksi pada Kejohanan Terbuka Indonesia, bulan lepas.

Selain Chong Wei, buat julung kali dalam Sukan Komanwel, ratu skuasy negara Datuk Nicol David diberikan pengiktirafan sebagai ketua pembawa masuk bendera negara-negara rantau Asia pada temasya itu.

Sebanyak 179 atlet dan 90 pegawai daripada 16 jenis sukan akan menyertai Sukan Komanwel kali ini.

Sieh berkata, pasukan boling padang merupakan atlet terawal berlepas ke Glasgow iaitu pada Isnin ini manakala atlet lain akan bertolak pada 18 dan 19 Julai ini.

MOM , Sukan Komanwel , Lee Chong Wei , Sieh Kok Chi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain