Tunku Ismail Mahu Tahu Pilihan Mohd Amirul - Sukan | mStar

Tunku Ismail Mahu Tahu Pilihan Mohd Amirul

JOHOR BARU: Johor Darul Ta'zim atau Pahang?

Itu persoalan yang perlu dijawab Mohd Amirul Hadi Zainal kepada Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim berikutan berita pemain tengah itu sudah menandatangani sambungan kontrak dengan pasukan Pahang.

Tunku Ismail dalam sidang akhbar di Istana Bukit Pelangi di sini pada Sabtu berkata, Mohd Amirul sebelum ini telah menyatakan hasrat bermain untuk Johor Darul Ta'zim (JDT) pada kempen bola sepak Malaysia akan datang.

"Beliau dan keluarga beliau telah menghubungi PBNJ dan menyatakan hasrat untuk bermain untuk JDT. Pemain-pemain baharu yang lain sudah mengesahkan mereka akan bermain untuk JDT kecuali Mohd Amirul," katanya.

Tunku Ismail mengharapkan yang terbaik buat anak bekas pemain Selangor era 90-an Zainal Nordin sekiranya mengambil keputusan untuk kekal bersama-sama skuad Tok Gajah itu.

Dilaporkan sebelum ini Presiden Persatuan Bolasepak Pahang Tengku Muda Pahang Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad Shah mendakwa Mohd Amirul sudahpun menyambung kontrak untuk bermain dengan pasukan tersebut.

JDT telah menandatangani pemain baharu yang terdiri daripada Norazlan Razali, Mohd Asraruddin Putra Omar, Mahali Jasuli dan Mohd Amri Yahyah dari Selangor; Mohd Daudsu Jamaluddin, S. Subramaniam, Mohd Syakir Syaari dan Mohd Nor Farhan Muhammad dari Kelantan; pemain Lions XII Hariss Harun, pemain Negeri Sembilan Mohd Nazrin Mohd Nawi serta pemain Harimau Muda A Mohammad Fadhli Mohammad Shas dan Mohd Irfan Fazail.

Mengenai musim depan, Tunku Ismail berkata pengurus JDT Cesar Ferrando Jiminez telah melakukan tugas yang baik di dalam menyediakan pasukan itu.

Katanya, pemain-pemain muda tempatan menjadikan Pablo Aimar dan Braulio Nobrega Rodriguez sebagai 'role model' mereka dengan harapan prestasi luar musim mereka kini dapat berterusan sehingga ke Liga Malaysia nanti.

Tunku Ismail turut mengumumkan JDT yang dulunya dikenali sebagai Johor Darul Takzim akan dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim manakala Johor FA yang bermain di dalam Liga Premier akan dikenali sebagai Johor Darul Ta'zim II. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Fadhli Shas, Irfan Fazail Sah Milik JDT

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

Artikel Lain