Chelsea 3 Schalke 0: Eto'o Curi Tumpuan, Pamer Aksi Luar Biasa - Sukan | mStar

Chelsea 3 Schalke 0: Eto'o Curi Tumpuan, Pamer Aksi Luar Biasa

Samuel Eto'o
Samuel Eto'o

CHELSEA -pasukan yang telah dikejutkan dengan kekalahan di tangan pasukan tidak stabil Newcastle United hujung minggu lalu nampaknya telah menunjukkan respon positif bermain dengan penuh agresif menewaskan kelab Jerman Schalke 3-0 dalam persaingan Liga Juara-Juara Eropah awal pagi tadi.

Pemilik kelab London itu dari Rusia, Roman Abramovich terus meluru ke bilik persalinan sebaik sahaja wisel penamat dibunyikan dan mendapati para pemain bersorak gembira dan hanya dengan satu kemenangan sahaja lagi, mereka akan layak ke pusingan kalah mati.

Kemenangan ini amat jelas sekali adalah kesan daripada tindakan pengukuhan yang dibuat oleh José Mourinho selepas dia benar-benar bengang di atas kekalahan mengejut mereka di tangan Newcastle.

Betapa dia marah sehinggakan kedatangan lewat Eden Hazard dalam sesi latihan sebelum mereka berangkat ke Jerman telah menyebabkan pemain Belgium itu tidak disenaraikan dalam barisan kesebelasan utama sebagai hukuman.

Nampaknya Mourinho tidak gentar untuk menguggurkan perancangan utamanya atas nama disiplin yang sekaligus meletakkannya setaraf dengan Sir Alex Ferguson apabila tiba soal disiplin dan siapa lebih berkuasa.

Malah dia melakukan enam pertukaran untuk perlawanan ini.

Tetapi yang mencuri perhatian ialah aksi dua pemain mahal yang baru dbeli dari kelab Rusia, Anzhi Makhachkala pada awal musim ini iaitu Samuel Eto'o dan Willian.

Ketika kedua-dua pemain ini tiba dari Anzhi, permainan mereka begitu berkarat sehingga peminat mempertikaikan kewarasan membeli mereka dengan harga yang begitu mahal.

Bagaimanapun Mourinho yang sanggup bersabar dengan persembahan mereka berjaya mentransformasikan kedua-dua pemain ini menjadi pemain paling produktif dalam perlawanan menentang Schalke.

Eto'o sendiri menjaringkan dua gol dan kini tercatat dalam senarai sebagai pemain yang berjaya menjaringkan gol dalam kejohanan yang sama mewakili empat pasukan yang berbeza.

Untuk rekod, dia juga telah menjulang Piala Eropah sebanyak tiga kali.

Mourinho begitu gembira dengan keputusan ini sehingga menyangkakan yang mereka telah pun layak ke pusingan kalah mati sehinggalah dia disedarkan yang Chelsea perlu menang satu daripada dua baki perlawanan lagi untuk mara.

"Oh! Bukan dah layak ke? Barangkali dah dekat nak layak...," katanya selamba.

Ternyata Eto'o yang bermain mengantikan Fernando Torres yang tercedera tidak menghampakan kelabnya.

Bukan setakat itu sahaja malah pemain yang mengantikan Eto'o iaitu Demba Ba, turut menjaringkan gol ketiga Chelsea dan yang pertama untuknya musim ini.

Chelsea: Cech 6, Ivanovic 6, Azpilicueta 6, Mikel 6, Cahill 7, Terry 7, Willian 7, Ramires 8, Eto'o 7 (Ba 77), Oscar 6 (Lampard 81), Schürrle 7 (De Bruyne 78). Simpanan: Cole, Luiz, Mata, Schwarzer.

Gol: Eto'o 31, 54, Ba 8

Schalke: Hildebrand 5, Uchida 6, Aogo 6, Neustädter 7, Höwedes 6, Matip 6, Draxler 6 (Clemens 62, 6), Jones 7, Szalai 6, Boateng 6 (Kolasinac 77), Fuchs 6 (Meyer 67). Simpanan: Fährmann, Hoogland, Santana, Ayhan.

Jumlah Penonton: 40,000

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

Artikel Lain