suria

Sebastian Vettel Juara F1 Belgium

Sebastian Vettel
Sebastian Vettel
Sebastian Vettel

SPA FRANCORCHAMPS: Pemandu pasukan Red Bull, Sebastian Vettel menjuarai perlumbaan Formula One Grand Prix Belgium selepas mengecewakan pemandu Ferrari, Fernando Alonso dengan kelebihan 16.869 saat di hadapan.

Sementara itu Lewis Hamilton dari pasukan Mercedes berada di tempat ketiga.

Kemenangan di Belgium yang juga kemenangan kelima musim ini dilihat mengukuhkan lagi sasaran pelumba berusia 26 tahun itu mengejar kejuaraan dunia keempat.

Kemenangan itu membantu Vettel memungut 197 mata secara keseluruhan, jauh meninggalkan Alonso di tangga kedua dengan 151 mata dan Hamilton meraih 139 mata sementara bagi kategori pengeluar, Red Bull juga unggul di hadapan dengan 312 mata.

Rakan sepasukan Hamilton, Nico Rosberg berada di tempat keempat diikuti seorang lagi pemandu Red Bull, Mark Webber yang berada di tangga kelima dan pemandu McLaren, Jenson Button, di tempat keenam.

Sementara itu, pelumba Lotus, Kimi Raikkonen buat pertama kali gagal menamatkan perlumbaan semenjak kembali ke kancah Formula Satu apabila terpaksa menghentikan perlumbaan pada pusingan ke-39 ekoran masalah brek.

Artikel Lain