suria

Ratusan Penyokong Sambut Ketibaan Manchester United Di Thailand

Beberapa penyokong setia menunggu ketibaan pasukan kesayangan mereka di lapangan terbang sambil membawa logo dan gambar pasukan itu.

BANGKOK: Ratusan penyokong Manchester United menyambut ketibaan juara Liga Perdana Inggeris musim lalu itu di lapangan terbang antarabangsa, Don Muang di Bangkok, Thailand pada Khamis sempena siri jelajah Asia kelab tersebut.

Kesemua pemain kemudiannya dibawa ke hotel bertaraf lima bintang dengan menaiki sebuah bas yang tertera perkataan 'United in Thailand'.

Moyes dan lagenda United, Ryan Giggs berkunjung ke Hospital Siriraj untuk memberi tunduk hormat kepada Raja Thailand, Bhumibol Adulyadej dan Permaisuri Sirikit yang tidak sihat.

Penyerang Wayne Rooney yang dikaitkan dengan perpindahan ke Chelsea walaupun Moyes menegaskan dia bukan untuk dijual enggan bercakap dengan media sebaik tiba bersama rakan sepasukannya.

"Saya amat teruja apabila berkunjung ke Asia. Sambutan amat menakjubkan. Saya tidak pernah melihat sambutan seperti ini.

"Mereka sedia menunggu di lapangan terbang sejak awal pagi untuk menyambut ketibaan kami. Mereka juga sanggup menunggu di lobi hotel. Kami berasa kehadiran kami amat dialu-alukan," kata pemain pertahanan Rio Ferdinand.

United antara pasukan pertama yang tiba untuk jelajah pra musim mereka di Asia.

Chelsea pula akan berada di Bangkok pada minggu ini dan kemudian disusuli Barcelona, Manchester United dan Liverpool.

Artikel Lain