Naza World Penaja Utama Paintball Piala Asia Dunia 2013 - Sukan | mStar

Naza World Penaja Utama Paintball Piala Asia Dunia 2013

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga Penaung Naza World Cup Asia Paintball (NWCAP) menyampaikan replika kunci kenderaan kepada Ketua Pegawai Operasi AKR Event, Syed Sherezal Dr Syed Nong Shahabudin di majlis Penyerahan Tajaan oleh Kumpulan Naza sempena pertandingan Naza World Cup Asia Paintball di Petaling Jaya, Isnin. Turut hadir (dari kiri), Pengerusi AKR Event Syed Mohd Johan Rizal Datuk Syed Unan Mashri, Ketua Pegawai Eksekutif Naza World, Datuk SM Faizal SM Nasimuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Lempaga Pembagunan Langkawi (LADA), Tan Sri Khalid Ramli. Foto RICKY LAI / THE STAR

PETALING JAYA: Edisi Kejohanan Paintball Piala Dunia Asia (WCA) yang akan berlangsung pada 14 hingga 18 November ini bakal menyaksikan penampilan tajaan utama baharu sekaligus menyaksikan nama Naza World memeriahkan lagi kejohanan tahunan ini.

Piala Dunia Asia Paintball Naza (NWCAP) bakal menghangatkan lagi kejohanan ini yang akan berlangsung di Pulau Lagenda, Pulau Langkawi seperti tahun sebelum ini.

Naza World menyerahkan tajaan keseluruhan bernilai lebih kurang RM6 juta dalam tempoh tiga tahun, bersama 20 buah kereta Chevrolet sebagai kenderaan rasmi sepanjang kejohanan ini berlangsung.

"Penglibatan Naza dalam dunia sukan bukanlah sesuatu yang baharu. Kami turut dengan terlibat dengan sukan bola sepak, permotoran, sepak takraw dan sekarang paintball.

"Seperti acara lain, sukan paintball ini juga mempunyai tarikan tersendiri yang melibatkan gaya hidup golongan muda.

"Saya berbangga menjadi penaja utama kejohanan ini serta menyerahkan kereta Chevrolet sebagai kenderaan rasmi.

"Lebih membuat saya gembira untuk melibatkan diri dalam sukan paintball ini adalah kerana patronnya, Tun Dr Mahathir Mohamad yang telah banyak memberi sokongan kepada Kumpulan Naza," jelas Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat Naza, Datuk Wira SM Faisal Tan Sri SM Nasimuddi selepas pelancaran kejohanan ini pada Isnin.

Penajaan Naza World juga bertujuan memberi sokongan kepada Kerajaan Negeri Kedah untuk terus mempromosikan sektor pelancongan melalui pertandingan ini, seterusnya meletakkan Langkawi sebagai pusat antarabangsa sukan ini.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain