Khairy 'Patah Hati' Dengan FAM - Sukan | mStar

Khairy 'Patah Hati' Dengan FAM

PUTRAJAYA: Kemelut terbaharu yang melanda Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak lagi mengundang sebarang reaksi daripada Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang ternyata 'patah hati' dengan badan induk bola sepak negara itu.

Ketika diajukan soalan berhubung wang tajaan hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia kepada persatuan bola sepak negeri-negeri, Khairy tidak lagi berminat 'menegur' FAM biarpun mempunyai hak atas kapasitinya sebagai menteri berkaitan.

"Terpulang kepada FAM...ikut suka FAM. Saya pernah menjadi Timbalan Presiden FAM. Saya tahu apa yang berlaku dalam FAM. Saya cakap, nanti kena marah," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan hormat Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) di pejabatnya di sini, Isnin.

"Biar ahli bercakap...kalau tak nak dengar cakap menteri yang budak berhingus ini dengarlah cakap orang lain," katanya. Khairy, bagaimanapun berkata FAM sepatutnya mendengar pendapat ramai, khususnya peminat bola sepak tempatan.

Baru-baru ini, Penasihat Persatuan Bola Sepak Kelantan, Tan Sri Annuar Musa mempersoal FAM mengenai wang tajaan RM30 juta setahun yang diterima badan induk itu berhubung hak penyiaran perlawanan Liga Malaysia.

Beliau berkata FAM sepatutnya menyalurkan wang berkenaan bagi membantu persatuan-persatuan bola sepak negeri yang menghadapi masalah kewangan.

Namun, sehingga kini, FAM mengambil pendekatan berdiam diri dan enggan menjawab persoalan yang dibangkitkan itu. - BERNAMA

Artikel Sebelum

Keputusan Kelayakan Piala Dunia 2014

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain