suria

Zenit Layak Ke Liga Europa Kejutkan AC Milan

MILAN: Zenit St Petersburg layak ke Liga Europa musim depan selepas mengejutkan gergasi Itali, AC Milan 1-0 dalam saingan peringkat Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi Rabu.

Gol tunggal Zenit dijaringkan penyerang, Danny pada minit ke-35 untuk mengejutkan juara Eropah tujuh kali itu.

Milan yang sudah layak ke pusingan kalah mati Liga Juara-Juara merehatkan beberapa pemain utamanya termasuk penjaring terbanyak, Stephan El Shaarawy, pemain tengah Riccardo Montolivo dan pertahanan Philippe Mexes.

Bagaimanapun percaturan kelab bimbingan Massimiliano Allegri itu memakan diri apabila penyokong meninggal stadium selepas pasukan pelawat lebih banyak mendominasi permainan. - AFP

Artikel Lain