Tenis: Murray-Djokovic kembali Bertemu - Sukan | mStar

Tenis: Murray-Djokovic kembali Bertemu

Murray (kiri) menewaskan Djokovic (kanan) pada aksi akhir Terbuka Amerika Syarikat September lalu.
Murray (kiri) menewaskan Djokovic (kanan) pada aksi akhir Terbuka Amerika Syarikat September lalu.

ANDY Murray dan Novak Djokovic bakal menerusi 'permusuhan' karier mereka selepas diundi berada dalam satu kumpulan pada saingan Jelajah Akhir Dunia ATP di London bermula Selasa.

Pada majlis undian Sabtu lalu, Murray (no 3 dunia) yang telah menewaskan Djokovic ketika ketika meraih gelaran pertama Grand Slam, Terbuka Amerika Syarikat, September lalu kini bersama-sama berada dalam Kumpulan A.

Manakala Djokovic yang bakal menamatkan gelaran pemain nombor satu dunia buat tahun kedua akan turut berdepan dengan Tomas Berdych serta finalis yang ditewaskannya tahun lalu, Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis.

Bagi Kumpulan B pula, saingan dilihat lebih mudah bagi juara bertahan serta pemegang rekod 17 kali grand slam, Roger Federer (Switzerland) yang berada bersama dengan David Ferrer (Sepanyol), Janko Tipsarevic (Serbia) dan Juan Martin Del Potro (Argentina).

Federer kini berada di kedudukan kedua dunia.

Sementara itu, pemain keempat dunia, Rafael Nadal satu-satunya pemain yang berada dalam kelompok terbaik tidak dapat beraksi kerana masih dibelenggu kecederaan lutut sejak Jun lalu.

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

default image

Tenis: Murray-Djokovic kembali Bertemu

Klik

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain