suria

Harimau Muda Atasi Laos 4-2

KUALA LUMPUR: Skuad Harimau Muda (bawah 21 tahun) memulakan langkah kanan apabila mengalahkan skuad bawah 21 tahun Laos 4-2 pada perlawanan pembukaan Kejohanan Bolasepak Jemputan VFF Newspaper Cup di Gia Lai, Vietnam, pada Sabtu.

Pemain Harimau Muda Muhammad Ariff Farhan Md membuka tirai jaringan seawal minit ke-15 sebelum Ahmad Hazwan Bakri mengandakan jaringan menerusi tandukan yang dilakukanya pada minit ke-34.

Pada babak kedua perlawanan, kelekaan pada barisan pertahanan Harimau Muda membawa padah apabila pemain Laos, Thinnakone Vongsa menyumbang gol pertama pada minit ke-53 sebelum Sitthideth Khantavong menyamakan kedudukan tiga minit kemudian.

Bagaimanapun, kegembiran Laos tidak kekal lama apabila skuad bimbingan Ong Kim Swee berjaya menambah gol ketiga menerusi jaringan kapten pasukan, A. Thamil Arasu pada minit ke-86 dan D. Saarvindran pada masa kecederaan.

Harimau Muda akan menentang pasukan Sydney FC dari Australia, Rabu ini. BERNAMA

Artikel Berikut

Artikel Lain