suria

Jangan Sedih Untuk Saya: Armstrong

Aksi Armstrong ketika menyertai perlumbaan mountain bike di Aspen, Sabtu lalu.
Aksi Armstrong ketika menyertai perlumbaan mountain bike di Aspen, Sabtu lalu.
Aksi Armstrong ketika menyertai perlumbaan mountain bike di Aspen, Sabtu lalu.

PELUMBA basikal legenda, Lance Armstrong meminta penyokong-penyokong tidak bersedih selepas Agensi Anti-Dadah Amerika Syarikat (USADA) mengambil keputusan menarik balik gelaran tujuh kali Tour de France serta menggantungnya daripada beraksi sebarang perlumbaan seumur hidup.

"Tidak ada sesiapa yang perlu bersedih apa yang berlaku ke atas saya. Saya boleh menerima kenyataan itu dan akan baik sahaja.

"Saya mempunyai keluarga yang memahami. Saya fikir orang ramai memahami dan kami mempunyai banyak perkara yang perlu dilakukan untuk masa depan.

"Sebab itulah saya terus memberi fokus dan dapat rasakan bahawa ramai orang memberi sokongan kepada saya. Sesuatu yang bagus selepas keluar daripada semua yang berlaku," katanya.

Selepas bersara, Armstrong,40, berkata, dia tidak akan terlibat lagi dengan sebarang perlumbaan.

"Ia bukan pertandingan, namun lebih kepada kecergasan, dan terus menikmati hidup indah ini.

"Sesetengah orang akan berkata kepada kami 'sakit' kerana menghabiskan masa lapang dengan ini, Tetapi saya sangat gembira," katanya selepas menyertai perlumbaan mountain bike dan berada di tempat kedua.

"Sangat menarik apabila dikalahkan oleh pelumba muda berusia 16 tahun apabila kamu sedar dia mempunyai masa depan yang cerah.

"Ramai pelumba yang bagus dan sukan berbasikal akan lebih baik," tambahnya.

Pelumba kelahiran Texas sebelum ini mengumumkan dia tidak akan meneruskan perjuangan menentang tuduhan USADA, sekali gus semua gelaran yang diraihnya ditarik balik dab digantung seumur hidup daripada berbasikal secara kompetitif.

Armstrong merupakan bekas pesakit kanser dan dianggap sebagai salah seorang pelumba terulung dalam sukan itu, telah membuat kenyataan secara bertulis baru-baru ini.

"Dalam hidup seseorang manusia, akan tiba satu detik apabila dia akan berkata, 'cukup cukup'.

"Bagi saya, masanya adalah sekarang. Saya sudah berdepan dakwaan yang menyatakan saya menipu dan mempunyai kelebihan (kerana doping) dalam kemenangan tujuh Jelajah sejak 1999," kata laman web rasmi miliknya, Lancearmstrong.com.

Artikel Lain