suria

T-Team Pinjam Dua Pemain Sabah Dan Seorang Pemain PDRM Hadapi Piala Malaysia

KUALA TERENGGANU: Dua pemain Sabah dan seorang pemain kelab Polis Diraja Malaysia (PDRM) adalah menjadi sandaran skuad T-Team dalam menghadapi saingan Piala Malaysia, September ini.

Pemain Sabah berkenaan ialah Sumerdi Hajalan dan Shahrul Azhar Ture yang masing-masing di posisi tengah dan pertahanan sementara pemain pasukan polis, Mohd Fauzi Abd Majid yang bermain di posisi penyerang.

Jurulatih Yunus Alif berkata, T-Team akan meminjam tiga pemain berkenaan bagi memperkuatkan pasukan itu dalam saingan Piala Malaysia.

"Kita harap mereka (pemain berkenaan) mampu memberi sumbangan kepada pasukan T-Team dalam kejohanan berprestij itu," katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Yunus berkata ketiga-tiga pemain berkenaan baru mendapat kelulusan dari pihak pengurusan masing-masing dan mereka dijangka mengikuti sesi latihan bersama pasukan itu mulai minggu depan.

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dijangka mengadakan undian Piala Malaysia bagi menentukan kumpulan pada Khamis ini. - BERNAMA

Artikel Lain