suria

Robin Van Persie Mahu Bayaran 10.1 Juta Pound Setahun

Robin Van Persie. Foto AP
Robin Van Persie. Foto AP
Robin Van Persie. Foto AP

ROBIN VAN PERSIE kini menuntut bayaran 10.1 juta pound (RM49.69 juta) setahun untuk ditandatanganinya pada musim panas ini.

Ejen bagi warga Belanda itu, Kees Vos bertemu dengan jaguh Itali, Juventus dan mendedahkan bahawa kapten Arsenal itu mahu bayaran 195,000 pound (RM959,398) seminggu.

Perkara itu akan menjadikan Van Persie sebagai salah satu pemain yang menerima bayaran paling tinggi di dunia.

Juventus pada mulanya enggan dengan angka itu dan mempertimbangkan semula pilihan mereka tetapi kembali mendapatkan pemain itu.

Dan dengan Manchester City dan Manchester Uniterd turut memburu pemain berusia 28 tahun itu.

Pemain tahunan itu telah pun menolak tawaran bayaran 130,000 pound (RM639,598) seminggu oleh Arsenal tetapi tidak tahu sama ada City atau United akan tergugat dengan permintaannya.

City sudah pun membayar Yaya Toure sebanyak 225,000 pound (RM1.106 juta) seminggu, manakala Wayne Rooney menerima 200,000 (RM983,998) pound seminggu daripada United.

Pengurus Arsenal, Arsene Wenger meninggalkan Van Persie berikutan kelab itu terbang ke Timur pada Sabtu untuk lawatan persahabatan.

Dan khabar angin mengatakan Lukas Podolski (pemain hadapan Arsenal) akan diberikan jersi nombor 10 yang sering dipakai oleh Van Persie telah menyemarakkan lagi spekulasi ia akan digantikan oleh pemain hadapan itu.

Tetapi Wenger tidak berputus asa untuk mengekalkan bintangnya itu.

Beliau berkata: “Van Persis merupakan salah satu penyerang terbaik di dunia, jika bukan terbaik, dan hasrat untuk menyimpannya.”

Arsenal sudah menandatangani dua pemain hadapan baru bagi Podolski dan Oliver Giroud tetapi turut membariskan bintang Sepanyol, Fernando Liorente sekiranya Van Persie meninggalkan pasukan itu. – thesun.co.uk

Artikel Berikut

Artikel Lain