GP Emas Terbuka Malaysia: Chong Wei Bertemu Sony Pada Aksi Akhir - Sukan | mStar

GP Emas Terbuka Malaysia: Chong Wei Bertemu Sony Pada Aksi Akhir

Chong Wei layak ke final selepas mengalahkan Tommy pada aksi separuh akhir GP Emas Terbuka Malaysia, Sabtu.
Chong Wei layak ke final selepas mengalahkan Tommy pada aksi separuh akhir GP Emas Terbuka Malaysia, Sabtu.

JOHOR BAHARU: Datuk Lee Chong Wei mara ke peringkat akhir Kejohanan Badminton Grand Prix (GP) Emas Terbuka Malaysia 2012 selepas menewaskan bintang muda Indonesia, Tommy Sugiarto 21-18, 21-18.

Beliau yang mengambil masa 46 minit untuk menewaskan Tommy akan berdepan dengan Sony Dwi Kuncoro yang telah menewaskan Muhammad Hafiz Hashim 21-19, 21-10 pada perlawanan separuh akhir di Stadium Bandaraya di sini, Sabtu.

Chong Wei yang sebelum ini agak fobia untuk bermain di jaring berkata beliau sudah mulai yakin untuk bermain sedemikian.

"Sebelum ini agak fobia tapi selepas latihan saya sudah berani sikit untuk bermain di jaring," katanya ketika mengulas corak permainannya yang dilihat meningkat ketika bertemu Tommy.

Namun beliau akan lebih berhati-hati agak tidak terlalu memaksa diri sehingga boleh mendatangkan kecederaan dan memberi kesan kepada peluang negara semasa Olimpik London Julai nanti.

Sementara itu dalam acara bergu lelaki, pilihan pertama kejohanan itu Koo Kien Keat-Tan Boon Heong mengalahkan rakan senegara Mohd Zakry Abdul Latif-Mohd Fairuzizuan Mohd Tazari 17-21, 21-16, 21-13.

Mereka akan bertemu bergu Chooi Kah Ming-Ow Yao Han yang telah menewaskan rakan senegara Gan Teik Chai-Ong Soon Hock 20-22, 21-6, 21-16.

Bergu wanita veteran Chin Eei Hui-Wong Pei Tty pula menewaskan bergu Jepun Yuki Fukushima-Yui Miyauchi 21-19, 21-10.

Mereka akan bertemu dengan bergu Singapura Shinta Mulia Sari-Yao Lei yang telah menewaskan satu lagi bergu Malaysia Goh Liu Ying-Lim Yin Loo dengan 21-18, 21-14.

Bergu campuran negara Chan Peng Soon dan Goh Liu Ying mengalahkan bergu Indonesia Riky Widianto-Puspita Richi Dili 21-18, 21-18.

Mereka akan bertemu bergu Indonesia Fadhilah Irfan-Anggraini Weni yang mengalahkan bergu Singapura Danny Bawa Chrisnanta-Vanessa Neo Yu Yan 24-22, 21-17. -BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

India Berpesta Gol Belasah Sri Lanka

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

Artikel Lain