suria

Messi Atasi Rekod 39 Tahun Muller

Lionel Messi
Lionel Messi
Lionel Messi

PEMAIN terbaik dunia, Lionel Messi mencipta sejarah bola sepak apabila menjadi penjaring terbanyak dalam satu musim dengan 68 gol sekaligus memecah rekod 39 tahun yang dilakukan oleh Gerd Muller (67 gol) pada tahun 1972-73 ketika bersama dengan pasukan Bayern Munich.

Penyerang Barcelona ini turut mencatat rekod penjaring terbanyak (46 gol) dalam Liga Sepanyol dengan menewaskan pencabar terdekat Cristiano Ronaldo (44 gol).

Jumlah ini termasuk dengan kemenangan 4-1 ke atas Malaga pada aksi awal pagi Khamis dengan Messi melakukan hatrik ketujuh dalam perlawanan liga ini.

Messi,24, dijangka akan menambah jaringan ini dengan dua lagi baki perlawanan dalam liga, dan di aksi akhir Copa del Rey.

Sebelum ini Messi juga turut mencatat rekod baru pada Mac lalu apabila mengatasi rekod 60 tahun Cesar Rodriguez dan menjadi pemain pertama manjaringkan lima gol dalam Liga Juara-Juara (CL).

Dia mula menjaringkan gol pertama untuk Catalan pada 1 Mei 2005 ketika berumur 17 tahun dalam aksi Liga Sepanyol menentang Albacete di Camp Nou selepas dipilih dari pasukan remaja bersama Cesc Fabregas dan Gerard Pique.

Secara keseluruhannya, musim ini Messi telah menjaringkan 14 gol dalam CL, dua gol dalam aksi Copa del Rey, 3 gol ketika beraksi dalam Piala Super Sepanyol, satu gol di Piala Super Europa dan dua gol di Piala Kelab Dunia.

Artikel Lain