suria

Jangan Terlalu Bergantung Kepada Pemain Utama - Ahmad Said

KUALA TERENGGANU: Pasukan bola sepak Terengganu dan pasukan berstatus kelab, T-Team yang mempamerkan aksi longlai sejak akhir-akhir ini digesa melakukan perubahan drastik dan tidak terlalu bergantung kepada pemain utama.

Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said berkata kedua-dua pasukan itu kerap menonjolkan aksi kurang memberangsangkan setiap kali pemain utama mengalami kecederaan.

"Ini yang menyebabkan permainan atau persembahan mereka seringkali tidak menentu dan mantap kerana terlalu bergantung kepada pemain-pemain utama," katanya.

Ahmad berkata kedua-dua pasukan itu perlu berani membuat perubahan dengan lebih kerap menurunkan pemain simpanan bagi mengatasi masalah itu.

"Kadang-kadang pemain simpanan itu lebih baik daripada pemain utama,"katanya.

Beliau berkata sejak dahulu lagi pengurusan pasukan Terengganu dan T-Team diingat supaya mencari pemain terbaik bagi mengelak perkara seumpama itu berlaku.-BERNAMA

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain